Sunday, 11 January 2009

1 Al-Quran - Ulum al-Quran


  • 1. Definisi al-Quran.


    • a. Pelbagai Istilah berkaitan dengan al-Quran.


      • i. Murakkab (yang bergabung) dan Mufrad (yang satu).


      • ii. Am dan Khas.


      • iii. Mutlaq (lafadz yang telah menunjuk pada makna/pengertian tertentu tanpa dibatasi oleh lafadz lainnya) dan Muqayyad (lafadz yang menunjuk pada makna tertentu dengan batasan kata tertentu).


    • b. Dari Aspek Bahasa. Bermaksud bacaan atau yang dibaca.


    • c. Dari Aspek Istilah. Al-Quran adalah kalam Allah yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad saw menerusi Malaikat Jibril as bermula dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas, tertulis di dalam mushaf, dipindahkan secara mutawatir dan membacanya diberi pahala ibadah.


    • d. Huraian Pergertian.


      • i. Kalam Allah. Iaitu tidak termasuk kalam manusia, jin dan malaikat.


      • ii. Diturunkan. Iaitu tidak termasuk Kalam Allah yang tidak diturunkan yang amat banyak di sisi-Nya.


      • iii. Kepada Nabi Muhammad saw. Iaitu tidak termasuk Kalam Allah yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya, seperti Taurat, Injil dan Zabur.

      • iv. Membacanya diberi pahala ibadah. Iaitu membaca satu huruf diberikan sepuluh kebajikan.


  • 2. Nama-nama Al-Quran


    • a. Al-Kitab (tertulis atau termaktub). Al-Anbiya (21):10: “Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu.”


    • b. Al-Furqan (pembeza). Al-Furqan (25):1: “Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqaan (Al Qur'an) kepada hamba-Nya,”


    • c. Al-Zikr (peringatan). Al-Hijr (15):9: “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Zikr (Al Qur'an), dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.”


    • d. Al-Tanzil (diturunkan). Al-Syuara (26):192: “Dan sesungguhnya Al Qur'an ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam,”


    • e. Al-Wahy. Al-Anbiya (21):45: “Katakanlah (hai Muhammad): ""Sesungguhnya aku hanya memberi peringatan kepada kamu sekalian dengan wahyu dan tiadalah orang-orang yang tuli mendengar seruan, apabila mereka diberi peringatan”


    • f. Al-Ruh. As-Syura (42):52: “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur'an) dengan perintah Kami...”


  • 3. Sifat-sifat al-Quran


    • a. Nur (cahaya). An-Nisa (4):174: “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Qur'an).”


    • b. Mawizah (pemberi pengajaran). Yunus (10):57: “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu ...”


    • c. Mubarak (yang diberkati). Al-Anaam (6):92: “Dan ini (Al Qur'an) adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkahi;...”


    • d. Mubin (yang menerangkan). Al-maidah (5):15: “...Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan.”


    • e. Busyra (berita gembira). Al-Baqarah (2):97: “...membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman.”


    • f. Aziz (yang mulia). Fussilat (41):41: “Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari Al Qur'an ketika Al Qur'an itu datang kepada mereka, (mereka itu pasti akan celaka), dan sesungguhnya Al Qur'an itu adalah kitab yang mulia.”


  • 4. Kelebihan al-Quran berbanding Kitab-Kitab Samawi yang lain


    • a. Kemuliaan dan ganjaran pahala kepada orang yang membacanya. Hadis: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya.”


    • b. Al-Quran memberi syafaat di akhirat kepada orang-orang yang membacanya. Hadis: “Hendaklah kamu membaca al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk memberi syafaat kepada pembacanya dan pengamalnya.”


    • c. Syariat al-Quran berkekalan hingga ke hari kiamat. Al-Quran mengemukakan kaedah hukum-hakam yang bersifat universal. Tidak berubah dengan perubahan masa. Atau berlainan tempat yang meliputi seluruh umat manusia. Hujah yang kuat dan menyakinkan tentang kebenaran agama Islam.


    • d. Al-Quran memberi petunjuk sepanjang masa. Petunjuk al-Quran tiada tempoh luput. Allah menurunkan al-Quran sebagai pedoman hidup manusia di dunia dan akhirat.


  • 5. Hubungan al-Quran dengan Kitab-Kitan Samawi yang lain


    • a. Al-Quran sebagai penjaga kepada kitab-kitab sebelumnya. Al-Maidah (5):48: “Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur'an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya)...”


    • b. Al-Quran sebagai penentu kepada perkara-perkara yang menjadi perselisihan umat. Al-Nahl (16):64: “Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur'an) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu...”


    • c. Al-Quran menghapuskan syariat kitab-kitab terdahulu. Kerana syariat yang dibawa kitab suci sebelum Nabi Muhammad bersifat terbatas kepada lokaliti dan bangsa tertentu sahaja. Sedangkan syariat yang dibawa al-Quran adalah universal dan sesuai untuk semua umat.


  • 6. Adap-adap berinteraksi dengan al-Quran


    • a. Mengikuti al-Quran dan mengamalkan ajarannya. Al-Anaam (6):155: “Dan Al Qur'an itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat,”


    • b. Menjadikan al-Quran sebagai pemimpin. Sesiapa yang menjadikan al-Quran pemimpinnya, maka ia akan membimbingnya ke syurga. Dan sesiapa yang membelakangkan al-Quran maka ia akan terjerumus ke lembah kesesatan.


    • c. Menghayati akhlak al-Quran. Aishah berkata: “Sesungguhnya akhlak baginda Nabi saw adalah al-Quran.”


No comments:

Post a Comment